Knitted Sweaters For My Sons

Saturday, June 11, 2011


Antara banyak-banyak yang telah saya knit, sweater biru nie lah yang paling saya suka.. Menggunakan pattern lace, sweater nie memang sangat memikat hati, dan kalau anak2 memakainya berjumpa saudara-mara ramai yang memuji. Apalagi, kembang kuncuplah ibu yang membuatnya..hehehe..

Design asal sweater biru nie berlengan panjang, tapi saya adjust sendiri bagi lengan pendek sebab nak menjimatkan benang..hahahha..pasalnya malas nak ke kedai menjual benang tu yang sememangnya jauh dari rumah. Apapun, ia still cantik dan nampak eksklusif..

Bagi sweater kuning pula, ia dikait oleh saya sendiri tanpa berpandukan apa-apa pattern.. Menggunakan simple teknik, knit and purl sahaja, saya berjaya menyiapkan sweater kuning nie dalam masa sehari sahaja! Memang impressed sangat..masa buat tu sedang pregnant anak pertama.. Mengait sambil mengenangkan baby dalam kandungan memang mengasyikkan..sedar-sedar..taddaaa..dah siap.. Harap dapat mengulanginya kembali..

Bermulanya Hobi Knitting..

Friday, June 10, 2011

Sejak darjah 6 saya memang berminat dengan dunia kait mengait nie.. Masa tu, minta ibu mengajar saya crochet. Ada lah siap 2, 3 alas meja yang saya kait, tapi kesibukkan belajar membuatkan saya melupakan hobi nie. Bila berumahtangga, saya kembali mengait untuk mengisi masa lapang dengan crochet ni, tetapi hati lebih tertarik untuk mengait baju. Masa tu ingat knitting je boleh buat baju, tak tau pula crochet pun boleh.. Apalagi, hati meronta-ronta nak belajar knitting.

Nasib baik Encik Hubby sporting dan bagi green light untuk belajar knitting.. Bermula situlah saya mengenali dunia knitting, di mana kos belajar kali pertama tu habislah rm 500 ringgit. Walaupun mahal, tapi berbaloi jugalah sebab dapat ilmu dan siap sweater pertama saya untuk suami tersayang..hehehe.. Mahal kerana benang sebuku je dah rm 18.00, guna benang pula 10 buku, situ jer dah rm 180.00, tak masuk dengan tools dan peralata lain.. Apapun, thanks a lot to my dearest hubby, sebab kalau dia tak bagi belajar..tak adalah saya mengenali dunia knitting yang sememangnya amat indah bagi saya.. Masuk tahun nie, saya dah berknitting masuk 8 tahun! Tetapi hanya dapat kait sweater dan topi untuk anak-anak jer.. Moga lepas nie, saya lebih rajin berkniting.. ;-)

Selamat Datang

Thursday, June 9, 2011
Selamat Datang ke Knit With Love.. Dah lama teringin nak ada blog khas untuk knitting, alhamdulillah hari nie terlaksana.. Walaupun bergelar surirumah, saya juga menjalankan beberapa bisnes online yang semestinya kedua2nya menuntut masa saya sepenuhnya.. Dalam kesibukkan masa, knitting ada masanya terpaksa diketepikan seketika. Diharap kehadiran blog ini dapat terus membakar semangat saya untuk terus berknitting, dan mencuri masa untuk hobi kesayangan saya nie.. Dan diharap, di sini juga dapat menemukan saya dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama..