Knitted Sweaters For My Sons

Saturday, June 11, 2011


Antara banyak-banyak yang telah saya knit, sweater biru nie lah yang paling saya suka.. Menggunakan pattern lace, sweater nie memang sangat memikat hati, dan kalau anak2 memakainya berjumpa saudara-mara ramai yang memuji. Apalagi, kembang kuncuplah ibu yang membuatnya..hehehe..

Design asal sweater biru nie berlengan panjang, tapi saya adjust sendiri bagi lengan pendek sebab nak menjimatkan benang..hahahha..pasalnya malas nak ke kedai menjual benang tu yang sememangnya jauh dari rumah. Apapun, ia still cantik dan nampak eksklusif..

Bagi sweater kuning pula, ia dikait oleh saya sendiri tanpa berpandukan apa-apa pattern.. Menggunakan simple teknik, knit and purl sahaja, saya berjaya menyiapkan sweater kuning nie dalam masa sehari sahaja! Memang impressed sangat..masa buat tu sedang pregnant anak pertama.. Mengait sambil mengenangkan baby dalam kandungan memang mengasyikkan..sedar-sedar..taddaaa..dah siap.. Harap dapat mengulanginya kembali..

0 comments:

Post a Comment