Bermulanya Hobi Knitting..

Friday, June 10, 2011

Sejak darjah 6 saya memang berminat dengan dunia kait mengait nie.. Masa tu, minta ibu mengajar saya crochet. Ada lah siap 2, 3 alas meja yang saya kait, tapi kesibukkan belajar membuatkan saya melupakan hobi nie. Bila berumahtangga, saya kembali mengait untuk mengisi masa lapang dengan crochet ni, tetapi hati lebih tertarik untuk mengait baju. Masa tu ingat knitting je boleh buat baju, tak tau pula crochet pun boleh.. Apalagi, hati meronta-ronta nak belajar knitting.

Nasib baik Encik Hubby sporting dan bagi green light untuk belajar knitting.. Bermula situlah saya mengenali dunia knitting, di mana kos belajar kali pertama tu habislah rm 500 ringgit. Walaupun mahal, tapi berbaloi jugalah sebab dapat ilmu dan siap sweater pertama saya untuk suami tersayang..hehehe.. Mahal kerana benang sebuku je dah rm 18.00, guna benang pula 10 buku, situ jer dah rm 180.00, tak masuk dengan tools dan peralata lain.. Apapun, thanks a lot to my dearest hubby, sebab kalau dia tak bagi belajar..tak adalah saya mengenali dunia knitting yang sememangnya amat indah bagi saya.. Masuk tahun nie, saya dah berknitting masuk 8 tahun! Tetapi hanya dapat kait sweater dan topi untuk anak-anak jer.. Moga lepas nie, saya lebih rajin berkniting.. ;-)

0 comments:

Post a Comment